sks2-marzuki.zoom-a.com
Laman Peribadi
Marzuki bin Mustafa

E-mel : sks2-marzuki@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | Sains Tahun 3 | Sains Tahun 4 | Sains Tahun 5 | sciences facts | why english is so difficult | FAKTA MENARIK | Rantai dan siratan makanan | Tenaga | Untitled | Isipadu | Jisim | Ukuran Luas th4 | Untitled | Ukuran Panjang | Pengaratan | Untitled | Proses Hidup Tumbuhan | Sifat Bahan | Teknologi | animal of the desert | Plant in Tundra | Plant in the Desert | Animals basic needs | Human basic Needs | Plant Basic needs | Animal Survivors | Animals life processes | Food Preservation | Tabiat yang salah | Kemandirian spesis | Proses Hidup Manusia | Pencaran | Sistem Suria | Mikroorganisma |

Sistem Suria
Sistem suria terdiri beberapa objek iaitu:

a) Matahari
     Matahari ialah pusat Sistem Suria. Semua planet, komet dan Asteroid bergerak mengelilingi Matahari.

b) Planet
     Planet bergerak mengelilingi Matahari mengikut orbit atau landasan sendiri.Terdapat beberapa planet dalam sistem suria, antaranya ialah:
     i) Utarid
     ii) Zuhrah
     iii) Bumi
     iv) Marikh
     v) Musytari
     vi) Zuhal
     vii) Uranus
     viii) Neptun
c) Asteroid
     Jaluran asteroid ialah batuan yang terapung mengelilingi Matahari. Ia terdapat diantara planet Bumi dan Marikh.

d) Komet
     Asas komet ialah daripada ais, oleh itu warna ekornya putih dan biru berkilauan. Ia bergerak mengelilingi matahari melalui orbitnya sendiri. Ia jarang dapat dilihat kerana orbitnya semakin menjauhi Matahari

e) Meteor, meteorit dan meteoroid
     Meteor ialah batuan yang terapung di angkasa lepas, apabila ia memasuki medan graviti bumi, ia akan bergerak dengan laju dan bergesel dengan atmosfera bumi dan terbakar. Ini dinamakan meteor atau tahi bintang. Biasanya meteor akan menjadi abu sebelum sempat sampai ketanah. Jika meteor itu terlalu  besar, ia kemungkinan tidak habis terbakar dan jatuh ketanah, batuan ini dinamakan meteoroid.


Saiz Matahari, Bumi dan Bulan
- Menurut ahli sains, saiz matahari adalah seratus kali saiz Bumi. Manakala saiz Bumi pula ialah empat kali saiz bulan.
- Jarak Matahari dari Bumi ialah empat ratus kali jarak Bumi ke Bulan.


Planet Dalam Sistem Suria
1. Utarid- Ia terlalu hampir dengan Matahari. Suhunya terlalu panas bagi hidupan.
2. Zuhrah- Haba Matahari terperangkap di atmosferanya. Ini membuatkan ia lebih panas dari Utarid.
3. Bumi-



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: