sks2-marzuki.zoom-a.com
Laman Peribadi
Marzuki bin Mustafa

E-mel : sks2-marzuki@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | Sains Tahun 3 | Sains Tahun 4 | Sains Tahun 5 | sciences facts | why english is so difficult | FAKTA MENARIK | Rantai dan siratan makanan | Tenaga | Untitled | Isipadu | Jisim | Ukuran Luas th4 | Untitled | Ukuran Panjang | Pengaratan | Untitled | Proses Hidup Tumbuhan | Sifat Bahan | Teknologi | animal of the desert | Plant in Tundra | Plant in the Desert | Animals basic needs | Human basic Needs | Plant Basic needs | Animal Survivors | Animals life processes | Food Preservation | Tabiat yang salah | Kemandirian spesis | Proses Hidup Manusia | Pencaran | Sistem Suria | Mikroorganisma |

FAKTA MENARIK



AROWANA BAKA PRIMITIF

Ikan Kelisa juga dikenali sebagai Arowana adalah spesies daripada famili Osteoglossidae, yang memiliki ciri-ciri primitif. Kelisa spesies Scleropages Formosus adalah daripada famili yang sama wujud di Kepulauan Melayu. Saudara ikan ini termasuklah ikan Arapaima Gigas di Amazon dan Arowana Hitam yang dikenali dengan nama Saratoga di Australia.


APABILA IKAN PAUS MAKAN

Dianggarkan, semasa musim makan di Antartika, ikan paus biru (blue whale) memakan kira-kira 40 juta Krill (sejenis hidupan laut seperti udang) setiap hari ataupun 3,600 kilogram atau 4 tan setiap hari selama enam bulan. Jumlah pengambilan makanan itu boleh mengenyangkan manusia selama empat tahun!


BAKA PADI BARU

Unit Teknologi Nuklear (UTN) telah berjaya menghasilkan 101 jenis baka padi baru. Jenis baka padi baru ini mampu menghasilkan pengeluaran jauh lebih banyak daripada jenis padi yang ada sekarang.

Jenis padi baru yang terhasil ini, di antaranya mampu menghasilkan pengeluaran di antara 6,000 hingga 7,000 kilogram padi sehektar.

Antara ciri-ciri yang menarik baka padi baru yang dihasilkan ini ialah mempunyai batang yang tegap, tidak mudah tumbang apabila dilanda angin, dan berkeupayaan menghadapi penyakit, terutama bena perang.

Baka padi baru ini juga mempunyai masa matang yang singkat, iaitu di antara 120 hari hingga 130 hari.


APABILA BAHAN BUANGAN DIBAKAR

Umum mengetahui bahawa bahan buangan merupakan salah satu punca utama pencemaran alam kian meningkat setiap hari.

Sejak dahulu sampailah kini, pembakaran merupakan salah satu cara untuk melupuskan bahan buangan. Namun demikian, adakah pembakaran merupakan satu jalan terbaik yang benar-benar dapat membantu menyelesaikan masalah pencemaran alam?

Sebenarnya, bahan buangan yang dibakar tidak lenyap begitu sahaja!

Hal demikian kerana kira-kira 30 peratus daripada bahan buangan tersebut akan menjadi abu. Malah bakinya, dalam bentuk gas dan bahan terampai, akan memasuki pula ruang udara. Bahan yang terkumpul di udara, akhirnya akan meresap kembali ke tanah, tumbuhan dan air.

Oleh yang demikian, bahan itu akan memasuki rantai makanan. Akhirnya, bahan tersebut akan kembali kepada kita semula.


ANCAMAN DUNIA BARU

Dunia bakal menghadapi bahaya baru apabila pelantar ais terbesar di benua Artik retak. Pelantar seluas 443 kilometer persegi di benua yang tegap berdiri di hujung dunia itu kini telah retak. Retakan pelantar yang dikenali dengan nama Ward Hunt Ice Shelf itu mengakibatkan air tawar yang terkepung di bawahnya terlepas ke laut. Suhu yang semakin panas di sekitar kawasan benua itu dipercayai menjadi punca rekahan tersebut.


ALAT KEBESARAN DIRAJA

Antara alat kebesaran diraja di negara kita ialah tengkolok diraja, cogan agama, gendik diraja, kalung diraja, dan pending diraja.

Semua peralatan tersebut merupakan simbol kedaulatan raja dan kerajaan yang memerintah.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: